Bagaimana rasanya hendak menjana ribuan atau mungkin jutaan ringgit dengan blog? Adakah anda tahu caranya? Saya akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk anda yang berminat membuat duit dengan blogging.
1.Iklan
Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Iklan adalah salah satu platform untuk bloggers menjana duit.Pastinya anda semua sudah tahu bukan? Antara yang popular di Malaysia ialah Nuffnang , Innity dan juga Advertlets. Di pasaran antarabangsa pula, Google Adsense dan Chitika adalah yang paling popular. Anda akan dibayar apabila pengunjung klik pada iklan yang terdapat pada blog anda (CPC). Namun terdapat juga iklan di mana akan dibayar per jumlah pelawat blog anda (CPM). Yang mana 1 pilihan anda?