• Kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet


Di sini saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa menjadi punca kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet.

  1. Malas.
    Saya pun malas nak cerita la pasal sikap malas ni. Kalau anda ada sikap
    ni, bukan sahaja berniaga internet, kerja apa pun yang anda buat pasti
    tak berjaya. Kalau anda rasa perniagaan internet ni sesuai untuk
    orang-orang yang malas, anda silap. Jadi adik-adik, kakak-kakak,
    abang-abang, pakcik makcik, datuk nenek semua, jangan malas-malas ya.
  2. Anda
    ingat dengan hanya membeli satu ebook yang berharga RM10, telah
    memberikan anda lesen untuk belajar semuanya dari penulis ebook
    tersebut. Saya yakin ramai penulis ebook menghadapi masalah macam ni
    apabila pembeli ebook bertanyakan soalan yang langsung tidak berkaitan
    dengan topik ebook tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila anda
    dihubungi melalui telefon, email, instant messenger malah ada yang
    mengajak berjumpa secara berdepan untuk belajar tentang perniagaan
    internet, hanya kerana semata-mata mereka telah membeli ebook anda yang
    berharga RM10 itu.
  3. Anda
    ingat buat duit di internet ni kerja yang senang. Duduk di rumah,
    menghadap komputer tiba-tiba duit masuk. Kalau betul macam tu saya rasa
    dah ramai yang jadi jutawan kat Malaysia ni. Ingin saya tekankan yang
    perniagaan internet ni sama sahaja macam perniagaan lain mungkin lebih
    sukar lagi.
  4. Anda
    ingat dengan hanya beli satu ebook atau pergi satu kursus, anda sudah
    mempunyai ilmu yang lengkap untuk berjaya. Ebook dan kursus tersebut
    hanyalah memberikan ilmu kepada anda dan jika anda tidak amalkan ilmu
    tersebut memang tak ke mana.
  5. Anda
    merasa dengki / irihati dengan kejayaan usahawan internet lain. Jika
    anda ada walau sedikit pun sikap dengki / irihati ni memang anda tidak
    akan berjaya kerana anda banyak menghabiskan masa cuba mencari
    kesalahan / kelemahan orang tanpa melihat kesalahan / kelemahan diri
    anda sendiri
  6. Anda
    ingat tanpa guru anda tidak boleh berjaya. Seperti yang dimaklumkan di
    atas, kejayaan anda bukan terletak di tangan ebook, kursus ataupun guru
    sebaliknya di tangan anda sendiri. Saya tidak pernah menghadiri
    sebarang kursus dan tidak mempunyai seorang pun guru.
  7. Anda
    ingat dengan membina satu website anda tidak perlu lagi mengemaskini
    website tersebut tetapi mengharapkan pelawat dan pendapatan yang banyak.
  8. Anda
    ingat dengan membina blog di blogger atau wordpress.com dan memasukkan
    artikel yang dicedok dari sumber lain anda boleh menjana pendapatan.
  9. Anda
    tidak fokus pada satu sumber pendapatan. Apabila anda dengar orang lain
    dapat pendapatan yang lumayan dari satu sumber pendapatan yang lain,
    anda terus ingin mencubanya sedangkan apa yang anda buat sekarang masih
    lagi terumbang-ambing. Akhirnya jadilah yang dikejar tak dapat yang
    dikendong berciciran.
  10. Anda
    ingat forum merupakan tempat menceritakan masalah peribadi anda dan
    semua orang akan bersimpati dan seterusnya menolong anda. Tak ada siapa
    yang kenal anda di forum jadi belum tentu apa yang anda ceritakan itu
    benar jadi tak payah la membuang masa menceritakan masalah anda kepada
    orang yang tidak dikenali kerana itu akan cuma menjejaskan kredibiliti
    anda.
Sama-samalah kita memikirkannya dan berusaha untuk jadi yang lebih baik

post signature

Category:

There are 0 comments