• Keburukan MLM internet!!



Saya tengok banyak program-program yang berkonsepkan MLM muncul di internet umpama cendawan tumbuh lepas hujan. Saya pun tak tahu mengapa. Mungkin disebabkan sifat manusia yang ingin menjadi jutawan dengan cara mudah. Tidak ada di orang di dunia ini menjadi jutawan dengan mudah kecuali dia terjumpa emas dalam tanah depan rumah dia tu. Tengoklah sejarah Bill Gates, pengasas Microsoft!! Lihatlah sejarah Irfan Khairi, jutawan Malaysia!! Mereka melalui banyak pengalaman pahit untuk menjadi dan mencapai seperti sekarang.

Tidak perlulah saya menyebut laman web apa yang membuat MLM internet tersebut tapi saya boleh katakan disini adalah amat banyak sekali. Mereka(Admin web tersebut) mengatakan tidak mengambil sebarang keuntungan yang dibuat oleh downline-downline mereka. Habis kalau mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada orang bawahan tersebut buat apa mereka membuat perniagaan berkonsepkan MLM tersebut??? Tiada orang di dunia ini yang membuat bisnes tapi tidak mahukan keuntungan. Itu semua MENIPU!! Lepas itu apabila mendaftar menjadi ahli kita dikehendaki mencari ahli @ downline kita. Sekiranya kita tidak mencari downline macamana kita hendak mendapatkan balik modal yang kita gunakan untuk mendaftar sebagai ahli tadi?? Adalah agak susah saya hendak menceritakan konsep yang digunakan oleh mereka ini. Tanpa anda mereka tidak dapat sebarang keuntungan kerana andalah yang mencari keuntungan dan menjana mereka.

Seperti saya ceritakan dalam entry sebelum ini, setiap perniagaan perlu ada produk @ barangan untyk dijual. Idea juga boleh dikategorikan sebagai produk. Tetapi kebanyakan MLM di internet langsung tidak mempunyai produk untuk dipromosikan. Lihatlah Avon, Luxor dan MLM yang menjual produk, mereka dikatakan 98% keuntungan daripada hasil jualan produk mereka walaupun terdapat konsep mencari downline. (lihat entry sebelum ini)

Saya tidak memaksa dan menghalang anda daripada menyertai MLM di internet tapi andalah yang tentukan dan fikirkannya.

post signature

There are 0 comments