
Sejak akhir-akhir ini orang ramai telah menyalah gunakan konsep MLM terutamanya apabila harga minyak naik dan kos hidup meningkat. Orang ramai berlumba-lumba untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Oleh itu mereka telah mula berjinak-jinak dalam MLM ini dan akhirnya apa yang terjadi? Apa yang mereka dapat? Mereka hanya merenung mengenangkan duit mereka yang telah lesap!!
Konsep MLM ialah konsep jangka panjang. Mereka ingin mempromosi barangan mereka dengan cara berkongsi idea. Untuk menjadi ahli seseorang itu akan dikenakan bayaran tertentu dan akan mendapat produk syarikat untuk dijual. Kemudian sambil anda menjual anda mencari pula orang bawahan @ downline anda yang berminat dan anda akan diberikan komisyen. Tapi sesetengah daripada mereka mengambil jalan mudah dengan hanya mencari orang tanpa menjual produk syarikat tersebut. Itu bukanlah salah tapi adalah berlainan dari konsep sedikit. Dan akibatnya mereka
GAGAL!! Kemudian mereka mula menyalahkan syarikat MLM yang menipu duit mereka. Memburuk-burukkan MLM. Oleh itu mintalah nasihat daripada sesiapa yang pernah menyertai MLM sebelum anda menyertai mana MLM.

There are 0 comments