Hari ini saya mahu berbincang tentang tentang TRADEMARK. Mungkin ramai orang tidak sedar kepentingan trademark ini. TRADEMARK adalah amat penting dalam mempromosikan perniagaan dan barangan anda dengan lebih meluas lagi. Ianya secara tidak langsung dapat menarik orang ramai membeli barangan anda. Kebanyakan perniagaan2 yang berjaya adalah disebabkan tarikan daripada trademark yang digunakan.
Contohnya macam MOMs CHICKEN RICE SHOP yang mengguna trademark "Bukan Sekadar Nasi Ayam"(sila baca dalam nada lagu temanya :D). Ianya bagai memberi satu perbezaan kepada nasi ayam yang dijualnya. Bagaikan nasi ayam yang dijualnya amat unik apabila dimakan. Itulah power daripada trademark yang digunakan yang dapat meracuni pemikiran orang ramai.
Kita tengok contoh lain lagi. Kita tengok perniagaan yang lebih besar macam MC Donalds-I''M LOVING IT' dan KFC-'Sedap hingga menjilat jari'. Trademark yang digunakan umpama mengatakan bahawa makanan yang disediakan amat sedap berbanding tempat lain.
Trademark yang berkesan adalah yang menggunakan ayat yang seringkas mungkin dan mungkin anda boleh cuba mereka lagu yang sesuai untuk trademark anda agar ia mudah diingati. Macam KFC-'Sedap hingga menjilat jari'. Ianya senang untuk diingati dan boleh dinyayikan beramai-ramai :D Budak-budak dan anak-anak kecil pun mudah terpengaruh dengan trademark yang digunakan mereka yang siap ada lagu-lagu.
So, tentukanlah trademark untuk perniagaan anda. SEMOGA BERJAYA
p/s: Trademark blog saya ialah YOUR RIGHT PLACE. Nanti akan ditukarkan bila banner dah siap :)
There are 1 comment
¬ Anonymous
# February 6, 2009 at 12:19 AM
huhu..info yg bagus..keep it up bro