Ada yang beranggapan bahawa usahawan internet online 24 jam sehari. Mereka salah sebenarnya. Ada yang hanya online 1,2 jam sahaja sehari untuk menghantar order dan menjawab email. Pernah terjadi kepada saya, saya menerima sms pada pukul 2 pagi iaitu waktu orang sedang tidur nyenyak. Saya hanya membalas sms tersebut pagi keesokannya itu. OWH!!
Kami pun ada “life” kami sendiri sebenarnya sebagaimana orang kebanyakan. Kami pun berehat,kami pun tidur. Jangan beranggapan usahawan internet online 24 jam. Memang laman web kami boleh dimasukki 24 jam. Ia tidak bermakna kami pun online 24 jam jugak!
Inilah kelebihan perniagaan internet. Anda boleh menguruskan perniagaan anda dengan hanya beberapa jam sahaja. Ia bukannya bekerja dari pukul 8-5 seperti kebanyakan orang. Masa untuk perniagaan internet sangat fleksibel. Anda boleh menguruskan perniagaan anda sebelum anda ke pejabat atau pun sebelum anda masuk tidor.
Jadi kenapa anda tidak menjadikan perniagaan internet sebagai alternatif untuk anda mencari duit tambahan di kala harga barang semakin meningkat ini? Bukan setakat petrol, semua barang akan naik harga. Kesan kenaikan harga barang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Beras pun dah nak naik harga apabila bekalan beras semakin kurang akibat banjir di negara pengeluar. Kita mampu mengeluarkan 70% bekalan beras sendiri. Kita mungkin bertuah kerana negara kita adalah negara yang subur dan penuh dengan hasil bumi.
Sekarang semua orang dipaksa untuk mencari sumber pendapatan alternatif bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat. Jika di bandar besar, RM4000 bukanlah jumlah yang selamat untuk keluarga. Bahkan ada yang berkata RM10,000 sebulan pun masih belum mencukupi untuk perbelanjaan keluarga. Bagaimana pulak mereka yang berpendapatan rendah?
Susah jugak hidup hari ini. Orang bujang nak kawin pun susah kan? Asyik tak cukup je belanja. So sama-samalah kita memikirkan cara untuk mengatasinya (^_^)
There are 0 comments