• Kisah Orang Hendak Menjadi Kaya

Saya ingin berkongsi 1 cerita kepada pembaca pada hari ini tentang kisah dua pemuda berusaha menjadi kaya. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan.




Semasa saya sedang berada di perhentian bas Kota Bharu, saya tertarik dengan 2 orang yang sedang mempromosi satu perniagaan- air kesihatan dari sebuah syarikat MLM. Menurut si penjual, air ini seakan-akan minuman spirulina kerana ia dapat membuang toksin, menjaga peredaran darah serta mengurangkan ngantuk. Si penjual A mempromosi minuman kesihatan tersebut manakala Si B memegang satu alat yang dapat mengesan masalah kesihatan dalam badan kita dengan hanya melalui tapak tangan.

Dipendekkan cerita, saya ingin mencuba alat yang dapat memeriksa masalah kesihatan di dalam sistem badan itu tetapi saya diminta membuat bayaran sebanyak RM3 untuk memeriksa. Saya membuat tawaran untuk membayar RM2 dan akhirnya dia akur. Saya hulurkan tapak tangan kiri saya dan alat itu menyatakan saya terdapat penyakit dalamn yang agak teruk seperti masalah darah, jantung dan lain2. Saya merasakan agak kelakar. Mungkin para doktor diseluruh dunia boleh mengunakan alat tersebut dan dapat menjimatkan masa untuk merawat penyakit. (^_^) Saya ada bertanya dengan soalan2 yang agak panas tetapi Si B kelihatan tergagap seolah2 dia tidak mempunyai pengetahuan tentang alat serta air yang dijualnya. Tetapi Si A menjawab soalan2 saya dengan konfiden sekali walaupun nampak kadang2 tergagap sedikit.

Kesimpulan saya nak share dengan anda semua sebelum memulakan sesuatu perniagaan, kaji-selidik dan pahami dulu tentang produk yang ingin dijual agar anda bersedia menjawab soalan daripada customer anda ok. Macamanapun saya tetap respek akan kesungguhan dua pemuda ini dalam membuat bisnes. Semoga berjaya diucapkan.


Air minuman yang dijual oleh mereka pada malam itu habis dijual. Syabas saya ucapkan


::Tinggalkan komen @ pendapat anda jika anda rasa artikel ini menarik::

  • Apple Inc.


Steve Paul Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara di Mountain View dan kemudian di Los Altos, California. Bapanya seorang pakar mesin di Spectra-Physics dan kecenderungan awalnya terhadap mesin banyak dipengaruhi oleh pekerjaan bapanya ini.
Jobs tidak menyukai alam persekolahannya, dan disebabkan itulah dia ikut berpindah ke Los Altos bersama keluarga angkatnya. Di sana dia dimasukkan ke Sekolah Tinggi Homestead. Menurut guru elektroniknya, Jobs adalah seorang pelajar yang sering bersendirian dan sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza dalam banyak perkara. Sewaktu Jobs masih baru di sekolah tinggi itu, William Hewlett menawarkan pekerjaan sambilan pada musim panas kepada Jobs di sebuah kilang Hewlett-Packard di sana.
Di sinilah Jobs, pada waktu itu berusia 13 tahun, bertemu dengan lelaki yang kemudian menjadi rakan rapatnya dan sama-sama mencipta ‘komputer peribadi yang pertama di dunia.’ Lelaki itu ialah Steve Wozniak, berusia 15 tahun dan merupakan seorang pelajar tercicir. Pada peringkat awal persahabatan mereka, Jobs membantu Wozniak menjual sejenis alat yang boleh disambungkan ke telefon untuk membuat panggilan jarak jauh yang dipanggil ’Blue Box’. Alat ini dicipta oleh Wozniak secara haram. Selain meneruskan persekolahan, bekerja sambilan di kilang dan menjadi jurujual kepada Wozniak, Jobs juga membuat kerja-kerja membaiki stereo.
Dalam 1997, Jobs tamat sekolah tinggi dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Reed College tetapi hanya dapat bertahan selama satu semester sahaja. Walaupun gagal meneruskan pengajian, Jobs masih tinggal di kawasan kampus dan terus mengikuti kelas mata pelajaran falsafah serta mendalami hal-hal berkaitan pertentangan budaya.
Dalam 1974, Jobs mula bekerja sebagai pereka bentuk permainan video di Atari. Inc., iaitu sebuah syarikat pembuat permainan video yang pertama. Setelah beberapa bulan bekerja dan berjaya mengumpul sedikit wang, Jobs bersama seorang kawannya pergi ke India untuk mencari jawapan kepada permasalahan keyakinan yang dialaminya. Apabila dia pulang, Jobs mula menghadiri pertemuan mingguan Kelab Komputer anjuran Wozniak. Sementara Wozniak didapati begitu berminat dalam hal-hal berkaitan elektronik, Jobs pula lebih menumpukan perhatian kepada usaha memasarkan produk elektronik.
Jobs mempelawa Wozniak bekerjasama dengannya membangunkan sebuah komputer peribadi dan Wozniak bersetuju. Dengan hasrat yang tinggi untuk membawa teknologi komputer kepada semua orang serta ‘bakat kejuruteraan’ yang cemerlang yang ada pada Wozniak, mereka menjadi satu pasukan yang mantap. Kerja mereka bentuk Apple I dilakukan di bilik tidur Jobs. Manakala kerja membangunkan prototaip dijalankan di garajnya. Untuk membiayai syarikat mereka, Jobs menjual van Volkswagennya sementara Wozniak pula menjual mesin kira berprogram yang diciptanya.
Hasilnya, mereka berjaya mengumpulkan kira-kira USD1,300. Beberapa minggu selepas itu Jobs berjaya membuat jualan yang pertama, 50 buah komputer Apple I dengan harga USD666 sebuah, dan Apple Computers Inc. pun lahir. Kejayaan Apple I membawa kepada wujudnya Apple II. Apple II disifatkan sebagai Volkswagen bagi ‘komputer’ kerana bentuk badannya yang langsing dan anggun, diperbuat daripada plastik, dan mempunyai logo sebiji epal yang telah digigit.Oh! :D
Ada tiga sebab utama mengapa Apple II begitu berjaya :
1) Mempunyai sistem terbuka yang membolehkan peralatan lain seperti modem ditambah kemudian.
2) Selepas 1978, Apple II didatangkan dengan pemacu cakera yang dbangunkan oleh Wozniak.
3) Dalam musim luruh pada 1979, dua orang pencinta Apple telah membina sebuah program spreadsheet yang hanya boleh digunakan dengan Apple Computer.

::Membaca artikel tanpa komen adalah umpama makan nasi tanpa berlauk::