• Advertlets teruk

Kawan saya memberitahu bahawa dia terjumpa satu artikel menarik iaitu tentang advertlets. Kemudian saya cepat2 membuat research kat abang google dan menjumpai banyak aduan yang dibuat oleh para blogger. Ianya mengenai keburukan advertlets. Advertlets tidak membayar mereka 1 sen pun duit kepada bloggers yang meletakkan iklan ini di blog dan web mereka. Apa sudah terjadi?? Patutlah sejak kebelakangan ni saya sendiri tak boleh nak akses masuk kat daily earnings dalam advertlets.

Ramai yang saya baca memarahi advertlets yang tidak membayar duit mereka sehingga berbulan-bulan lamanya. Kemudian apabila dihantar emel kepada advertlets mereka mengatakan bahawa terdapat fraud clicks iaitu iklan yang diklik sendiri tetapi mereka tidak pernah membuat fraud clicks. Ada juga yang sudah mempunyai RM1000++ tetapi masih tidak mendapat duit mereka sehingga sekarang. Ada juga antara mereka ditutup akaunnya tanpa sebab yang pasti. Banyak lagi komen yang saya baca daripada mereka. Jika anda hendakkan maklumat lanjut search kat abang google-advertlets suck.

p/s: Saya telah membuang advertlets dalam blog saya

::Membaca artikel tanpa komen adalah umpama makan nasi tanpa berlauk::


Category:

There are 0 comments