• Iklaneka


Iklan adalah sesuatu yang penting dalam mempromosi dan memperkenalkan perniagaan kepada orang ramai. Tapi ada juga sesetengah orang beranggapan bahawa iklan hanya menghabiskan duit kerana iklan memerlukan modal.

Syarikat-syarikat gergasi seperti Nike, Adidas , KFC dan macam-macam lagi sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya untuk membuat iklan-iklan media massa. Adakah anda merasakan mereka hanya menghabiskan duit begitu sahaja?? Jawapannya TIDAK! Mereka mendapat pulangan hasil daripada promosi mereka itu berlipat kali ganda daripada modaal yang dikeluarkan untuk membuat iklan itu. Ini menunjukkan iklan adalah amat berkesan sekali kerana ianya dapat meracuni pemikiran orang ramai dan seterusnya membunuh pemikiran mereka hingga mereka berfikiran di luar kawalan apabila melihat iklan itu (ini adalah perkara benar).

Antara medium-medium iklan yang kita boleh gunakan ialah

1) televisyen (kos yang banyak diperlukan)
2) radio
3) surat khabar/ majalah
4) risalah/ banner
5) internet (paling murah)

Medium pengiklanan internet adalah yang paling menjimatkan kerana ianya hanya memerlukan modal yang kecil. Anda boleh menggunakan medium pengiklanan di google, bidvertiser dan banyak lagi. Ada juga sesetengah web yang menawarkan pengiklanan percuma dan anda tidak perlu mengeluarkan 1 sen pun. WOW!!

Jadi persoalan disini bukan berapa banyak modal diperlukan untuk membuat iklan tapi inisiatif yang digunakan dalam memperkenalkan barangan dan perniagaan kita kepada orang ramai agar orang ramai tahu kewujudan perniagaan kita. Hanya dengan pengiklanan dapat melebarkan lagi sayap perniagaan kita kepada orang ramai.

p/s : Saya akan melancarkan pengiklanan di blog ini tidak lama lagi dan ianya akan diberikan percuma selama seminggu. So tempahlah awal2.


::Membaca artikel tanpa komen adalah umpama makan nasi tanpa berlauk::

Category:

There are 0 comments