• Online banking-Selamat @ tidak??


Online banking adalah satu keperluan pada masa sekarang yang serba canggih ini tanpa perlu bersesak di bank. Namun adakah anda rasa ianya selamat untuk digunakan tanpa rasa was-was??

Untuk pengetahuan anda, sistem online banking di Malaysia masih lagi mempunyai banyak kelemahan terutamanya dari segi security. Hackers masih boleh untuk menghackers password online banking kita dengan mudah. Walau bagaimanapun ianya sentiasa diupgrade oleh pihak bank dari masa ke semasa.

Bagi saya jikalau anda hendak menggunakan online banking tidak salah tetapi hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada. Orang tua-tua kata sediakan payung sebelum hujan. Disini saya ceritakan sedikit tips-tips menggunakan online banking dengan selamat:

1) Elakkan menyimpan jumlah wang yang terlalu banyak didalamnya kerana takut password anda dicuri kelak. Siapa tahukan.
2) Menggunakan antivirus yang berbayar dan sentiasa diupdate kerana kualitnya lebih terjamin daripada antivirus yang percuma
3) Sentiasa menukar password anda. Kalau boleh tukarlah seminggu sekali.
4) Bookmarkkan web online banking yang anda gunakan dan jangan sesekali terpedaya dengan link @ pautan yang dihantar oleh orang tidak dikenali.
5) Elakkan menggunakan komputer di cyber cafe.Tapi kalau nak guna gak hati-hati sikit sebab dah ada alat yang boleh menyimpan password kita jika kita guna komputer di tempat awam.



_____Membaca artikel tanpa komen adalah umpama makan nasi tanpa berlauk_____

There are 2 comments