• Bagaimana Hendak Menjana Ribuan Ringgit Dengan Blog? (Edisi 1)


Bagaimana rasanya hendak menjana ribuan atau mungkin jutaan ringgit dengan blog? Adakah anda tahu caranya? Saya akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk anda yang berminat membuat duit dengan blogging.

1.Iklan
    Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan. Iklan adalah salah satu platform untuk bloggers menjana duit.Pastinya anda semua sudah tahu bukan? Antara yang popular di Malaysia ialah Nuffnang , Innity dan juga Advertlets. Di pasaran antarabangsa pula, Google Adsense dan Chitika adalah yang paling popular. Anda akan dibayar apabila pengunjung klik pada iklan yang terdapat pada blog anda (CPC). Namun terdapat juga iklan di mana akan dibayar per jumlah pelawat blog anda (CPM). Yang mana 1 pilihan anda?


    Terdapat berbagai jenis iklan
    • iklan bergambar (picture)
    • iklan tulisan (text)
    • iklan video
    • iklan carian (hanya di google adsense)
    Terdapat juga iklan berdasarkan kata kunci (keyword) untuk setiap perkataan yang terdapat pada blog anda. Iklan di namakan text-links-ads. Contoh jika terdapat perkataan dollar di blog anda dan terdapat pengiklan telah menempah perkataan dollar untuk dijadikan kata kunci iklannya. Secara automatik perkataan dollar itu akan di link kan dengan iklan daripada pengiklan tadi. Tapi sayang seribu kali sayang kerana tiada lagi iklan jenis ini di Malaysia dan hanya terdapat di pasaran antarabangsa sahaja. Antara yang popular adalah Kontera,
    Linkworth dan juga Text-Link-Ads. Bilalah agaknya Nuffnang nak buat iklan macam ni ek? Hoho


    2. Affiliate
     Selain daripada iklan berbayar, anda juga boleh membuat duit dengan program affiliate. Apabila anda mendaftar sebagai affiliate, anda akan menerima komisyen setiap kali jualan dibuat atas ID affiliate anda. Biasanya, anda boleh mempromosi link affiliate anda di mana-mana sahaja- Facebook, blog dan juga forum. Ada affiliate yang memberikan komisyen 70%, 50% serta 10%. Terpulang kepada admin yang menguruskan produk tersebut.  Semakin banyak jualan dibuat atas ID affiliate anda, semakin banyak komisyen yang anda dapat.

    Terdapat banyak program affiliate yang terdapat di internet. Antara produk-produk yang biasanya dijadikan affiliate adalah:
    • Buku elektronik (ebook)
    • Perkhidmatan (web design,web hosting dan lain-lain)
    Antara contoh web yang menyediakan program affiliate adalah Niagakit, Rajaaffiliate dan banyak lagi. Terlalu banyak sehingga susah untuk saya senaraikan semuanya. Hoho. Anda boleh cari dengan bantuan abang Google kita untuk lebih banyak program affiliate. Kalau anda ingin mengguna affiliate antarabangsa, anda boleh mencuba Clickbank ataupun Amazon Affiliate.

    Jangan ketinggalan untuk membaca Bagaimana Hendak Menjana Ribuan Ringgit Dengan Blog? edisi yang kedua pada artikel akan datang.



    ::Tinggalkan komen @ pendapat anda jika anda rasa artikel ini menarik::


    Category: ,

    There are 0 comments