• Jual "Diri" Anda dan Jana Pendapatan!

Salam semua pembaca.

Hari ini saya hendak membincangkan tentang bagaimana hendak menjana duit dengan menjual DIRI anda. Hoho. Anda janganlah memikir perkara yang negatif. Maksud saya bukanlah menjual diri anda di tepi lorong-lorong gelap tersebut. Itu adalah salah disisi agama dan undang-undang. Maksud saya disini adalah menjual bakat yang ada pada diri anda. Tapi cuba ambil masa 1 minit dan fikirkan apakah bakat yang anda dalam diri anda sekarang? Adakah anda seorang berbakat dalam grafik? Menulis? Melukis? Ataupun anda berbakat dalam menipu dan memutar belit orang? Hoho. Sangat tidak baik sekali.

Dan ini adalah pengalaman saya sendiri. Saya sendiri telah menjana sedikit sebanyak pendapatan dengan menjual hasil bakat saya dalam bidang grafik. Pada mulanya saya berkecimpung dalam dunia grafik hanyalah untuk suka-suka. Kemudian saya diminta oleh senior sekolah saya dahulu untuk membuat poster untuk aktiviti di universitinya dan dijanjikan dengan bayaran sebanyak RM25. Memang tidak terjangka oleh saya pada masa tersebut akan ada orang membayar untuk karya saya. Alhamdullilah syukur. Walaupun saya masih lagi tidak professional tapi saya sentiasa cuba meng’improve’ skill yang ada. Dan sekarang saya banyak menerima tempahan daripada kawan-kawan rapat serta blogger lain.


Ahmad Yusri adalah seorang remaja yang bijak. Dia mula belajar bermain chess daripada ayahnya dan buku semasa kecil lagi. Dia juga telah menjadi wakil  bagi negeri tempat kelahirannya, Kelantan dan wakil Malaysia dalam acara chess dan telah memenangi banyak medal dan piala dalam setiap acara. Kemudian, dia bercadang menolong orang ramai terutama kanak-kanak dalam permainan chess. Oleh itu, dia telah membuat 3 cd chess yang mengandungi banyak tutorial dalam permainan chess. Dan apa yang mengejutkan saya adalah dia berjaya memperoleh banyak keuntungan hasil daripada bakat serta minatnya yang dimasukkan dalam cd dan dijual kepada orang ramai.

Contoh lain yang mudah adalah artis. Mereka mempunyai bakat dalam menghiburkan orang ramai dengan suaranya. Oleh itu, setiap kali mereka membuat persembahan di depan khalayak ramai, mereka menerima bayaran atas suara merdu mereka. Owh! saya amat sukakan suara Dato’ Siti Nurhaliza yang merdu. Hoho.

Pernah dengar http://whateverlife.com? Web ini pada awalnya dibuat untuk berkongsi layout Myspace dan akhirnya pengasasnya Berjaya meraih jutaan ringgit dari bakatnya membuat layout terbaru untuk pengguna Myspace. Dan yang paling mengejutkan adalah pengasasnya adalah seorang remaja. Hoho. Siapa kata remaja tidak boleh menghasilkan duit?

Apa kata anda? Apakah bakat yang anda miliki yang mampu menjana duit untuk diri anda?

Category:

There are 0 comments