• Kisah Orang Hendak Menjadi Kaya

Saya ingin berkongsi 1 cerita kepada pembaca pada hari ini tentang kisah dua pemuda berusaha menjadi kaya. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan.




Semasa saya sedang berada di perhentian bas Kota Bharu, saya tertarik dengan 2 orang yang sedang mempromosi satu perniagaan- air kesihatan dari sebuah syarikat MLM. Menurut si penjual, air ini seakan-akan minuman spirulina kerana ia dapat membuang toksin, menjaga peredaran darah serta mengurangkan ngantuk. Si penjual A mempromosi minuman kesihatan tersebut manakala Si B memegang satu alat yang dapat mengesan masalah kesihatan dalam badan kita dengan hanya melalui tapak tangan.

Dipendekkan cerita, saya ingin mencuba alat yang dapat memeriksa masalah kesihatan di dalam sistem badan itu tetapi saya diminta membuat bayaran sebanyak RM3 untuk memeriksa. Saya membuat tawaran untuk membayar RM2 dan akhirnya dia akur. Saya hulurkan tapak tangan kiri saya dan alat itu menyatakan saya terdapat penyakit dalamn yang agak teruk seperti masalah darah, jantung dan lain2. Saya merasakan agak kelakar. Mungkin para doktor diseluruh dunia boleh mengunakan alat tersebut dan dapat menjimatkan masa untuk merawat penyakit. (^_^) Saya ada bertanya dengan soalan2 yang agak panas tetapi Si B kelihatan tergagap seolah2 dia tidak mempunyai pengetahuan tentang alat serta air yang dijualnya. Tetapi Si A menjawab soalan2 saya dengan konfiden sekali walaupun nampak kadang2 tergagap sedikit.

Kesimpulan saya nak share dengan anda semua sebelum memulakan sesuatu perniagaan, kaji-selidik dan pahami dulu tentang produk yang ingin dijual agar anda bersedia menjawab soalan daripada customer anda ok. Macamanapun saya tetap respek akan kesungguhan dua pemuda ini dalam membuat bisnes. Semoga berjaya diucapkan.


Air minuman yang dijual oleh mereka pada malam itu habis dijual. Syabas saya ucapkan


::Tinggalkan komen @ pendapat anda jika anda rasa artikel ini menarik::

  • 25 Manusia Terkaya Dunia



Sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi marilah kita imbas kembali billionaire-billionaire pada tahun ini. Walaupun ekonomi dunia kian goyah, namun mereka masih kukuh menempatkan diri mereka dalam kategori billionaire ini. Sama-samalah kita memotivasikan diri kita agar berjaya seperti mereka, Insyaallah.




No
Nama
Kerakyatan
Umur
Kekayaan ($bil)
Tempat Tinggal
1
William Gates III
United States
53
40.0
United States
2
Warren Buffett
United States
78
37.0
United States
3
Carlos Slim Helu  family
Mexico
69
35.0
Mexico
4
Lawrence Ellison
United States
64
22.5
United States
5
Ingvar Kamprad & family
Sweden
83
22.0
Switzerland
6
Karl Albrecht
Germany
89
21.5
Germany
7
Mukesh Ambani
India
51
19.5
India
8
Lakshmi Mittal
India
58
19.3
United Kingdom
9
Theo Albrecht
Germany
87
18.8
Germany
10
Amancio Ortega
Spain
73
18.3
Spain
11
Jim Walton
United States
61
17.8
United States
12
Alice Walton
United States
59
17.6
United States
12
Christy Walton & family
United States
54
17.6
United States
12
S Robson Walton
United States
65
17.6
United States
15
Bernard Arnault
France
60
16.5
France
16
Li Ka-shing
Hong Kong
80
16.2
Hong Kong
17
Michael Bloomberg
United States
67
16.0
United States
18
Stefan Persson
Sweden
61
14.5
Sweden
19
Charles Koch
United States
73
14.0
United States
19
David Koch
United States
68
14.0
United States
21
Liliane Bettencourt
France
86
13.4
France
22
Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud
Saudi Arabia
54
13.3
Saudi Arabia
23
Michael Otto & family
Germany
65
13.2
Germany
24
David Thomson & family
Canada
51
13.0
Canada
25
Michael Dell
United States
44
12.3
United States

sumber: forbes.com


::Tinggalkan komen @ pendapat anda jika anda rasa artikel ini menarik::



  • Mengapa masa itu emas?


Masa itu emas

Itulah yang sering kali diucapkan kepada kita untuk menyatakan bahawa masa itu amat berharga dan penting dan ianya begitubernilai. Masa tidak dapat diundur dan ianya akan terus berlalu begitu sahaja jika tidak digunakan sebaik-baiknya.Tetapi tahukah anda bahawa mengapa masa itu diumpamakan bagai emas??

Without a gold there is no money


Maksudnya ialah tanpa emas akan tiadalah duit. Pernahkah anda mendengarnya?

Duit digunakan hanya untuk menggambarkan nilai sesuatu emas. Contoh: Jika kita berada di pasar dan ingin membeli sekilo ayam, adakah anda akan menggunakan emas untuk membayar nilai ayam sekilo tadi? Adakah kita perlu membawa berbiji-biji batu emas dalam tas tangan untuk ke pasar?


Duit hanyalah kertas biasa yang akan hilang apabila dibakar dan kemudiannya akan tiadalah nilainya lagi.Tetapi emas walaupun dibakar nilainya tetap sama.

::Tinggalkan komen @ pendapat anda jika anda rasa artikel ini menarik::

  • Lakukan perubahan



Anda mendapati terdapat penurunan dalam perniagaan anda. Apa masalahnya?

Jika ada tanda-tanda seperti ini, ini menunjukkan bahawa anda perlu melakukan perubahan dalam perniagaan anda. Anda perlu berfikir secara lebih meluas dan mengkaji kelemahan yg ada dalam sistem urusniaga anda dari semua aspek.

1. Buat perbandingan untung sebelum ini dan selepas dan lihat berapa nilai yg anda susut
2. Kaji punca yg menyebabkan penurunan perniagaan anda
3. Buat perbandingan perniagaan anda dgn yg orang lain dan lihat apa kelemahan dan kelebihan itu
4. Senaraikan idea perubahan yg ingin anda lakukan dan cuba aplikasikannya

Perubahan amat penting dalam perniagaan bagi menarik pelanggan dan meluaskan lagi perniagaan

::Tinggalkan komen @ pendapat anda jika anda rasa artikel ini menarik::

  • Perkenalkan kad ahli

Kebanyakkan pasaraya-pasaraya besar atau syarikat perniagaan yang besar akan memberikan kad ahli kepada pelanggan mereka dan pelanggan akan mendapat sedikit diskaun daripada pembelian mereka apabila menunjukkan kad ahli tersebut.

Kelebihan kad ahli:

1) Dapat menjamin perniagaan anda-pelanggan yang memegang kad ahli biasanya akan berkunjung kembali ke tempat jualan tersebut untuk membeli kerana kad ahli akan memberikan mereka harga potongan dan harga yang istimewa dari kedai lain
2) Pelanggan akan rasa dihargai-pelanggan lebih rasa dihargai apabila mereka diberi tawaran untuk membuat kad ahli dan akan diberi diskaun kepada pemegang kad ahli

Bagi perniagaan online, para peniaga juga boleh mengaplikasikan cara ini dan kad ahli tersebut boleh diberi kepada pelanggan dalam format gambar untuk simpanan mereka


Perkenalkan kad ahli kepada pelanggan anda yang secara tidak langsung akan dapat menjamin perniagaan anda

::Membaca artikel tanpa komen adalah umpama makan nasi tanpa berlauk::